Latar Belakang
Seminar ini diadakan bertujuan sebagai platform perkongsian pengalaman amalan terbaik yang boleh dijadikan garis panduan kaunselor, pendidik dan bakal graduan UPSI kelak.
Seminar ini diadakan bertujuan sebagai platform perkongsian pengalaman amalan terbaik yang boleh dijadikan garis panduan kaunselor, pendidik dan bakal graduan UPSI kelak.
Selain itu, seminar
ini juga bertujuan untuk melatih kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam
pembentukan diri bakal graduan bimbingan dan kaunseling di fakulti pendidikan
dan pembangunan manusia. Seminar ini terdiri daripada beberapa pengisian slot
tema yang berkaitan dengan memperkasa kaunseling menerusi proses refleksiviti,
kreativiti dan pendekatan kontemporari. Bagi memantapkan persediaan bakal
graduaan UPSI, persidangan ini adalah terbuka kepada mahasiswa ISMP dan Sarjana
Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor, pentadbir, guru-guru dan pengamal dalam
bidang kaunseling dan pendidikan. Tema-tema yang akan dibentangkan ini bakal
memberi pendedahan kepada peserta termasuk pelajar semester akhir UPSI mengenai
pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian dalam bidang pendidikan dan kaunseling. Di samping itu, pendedahan mengenai amalan-amalan
terbaik dan isu-isu terkini dalam pendidikan dan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah juga akan dijadikan perbincangan utama dalam
seminar ini.
Seminar ini akan diadakan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Universiti Pendidikan Sultan Irdris (UPSI) pada 25 & 26 Mei 2016.
Jawatankuasa penganjur seminar ini adalah terdiri daripada ISMP Bimbingan & Kaunseling Semester 8 UPSI dan kakitangan FPPM, UPSI.
Tema Seminar
Tema Seminar Refleksi Kaunseling ini adalah "Memperkasa Kaunseling menerusi Proses Reflaksiviti, Kreativiti dan Pendekatan Kontemporari" Seminar ini diadakan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

No comments:
Post a Comment